was successfully added to your cart.

Terima kasih Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

By | Uncategorized | No Comments

Terima kasih Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)Terima kasih Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

Baru-baru ini pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah bertemu Pemilik F24 Kitchen untuk membuat Kajian Pengkelasan Pengusaha Perabot Bumiputera Di Semenanjung Malaysia.

Meeting kali ke-2 yang diadakan secara santai bersama beberapa pegawai dari FRIM untuk soal selidik bagi pengkelasan pengusaha Perabot Malaysia dalam RMK ke-11.

F24 Kitchen, kini dalam langkah menuju ke destinasi seterusnya.. Semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Insya-Allah.

Tips Keselamatan Ketika Berada di Dapur

By | Uncategorized | No Comments

Tips Keselamatan Ketika Berada di DapurTips Keselamatan Ketika Berada di Dapur

Kenapa pentingnya keselamatan ketika berada di dapur? Banyak kemalangan boleh dielakkan melalui perancangan yang teliti atau mengambil langkah mudah. Di sini anda akan mempelajari tentang keselamatan dapur dan cara anda boleh menghasilkan dapur yang selamat dan berfungsi untuk semua ahli keluarga.

ketuhar elektrik1. Letakkan ketuhar di tempat yang selamat dan ketinggian yang sesuai adalah sangat penting.

MBG002SS_2
2. Kawalan Hob juga dapat menghalang terjadinya kemalangan pada unit memasak.

3. Pasang hob dan kawalan rebah. Ia boleh dilaras lebarnya dan boleh disesuaikan kepada saiz unit memasak.

4. Penampan penjuru juga dapat mengurangkan risiko anak anda daripada luka atau melecur akibat terkena tepi yang tajam.

5. Pasang kabinet/penampan laci atau kunci untuk simpan cecair bahaya, pisau atau bahan cuci agar tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

6. Lapisan anti gelongsor  perlu digunakan untuk mengekal ambal di tempatnya dan mengurangkan risiko
tergelincir.

7. Penampan pintu pula bagi mengelakkan kanak-kanak tersepit jari pada pintu adalah sesuatu yang ingin anda hindarkan. Penampan pintu membolehkan pintu sentiasa terbuka dan kerisauan anda berkurangan.

Itu saja perkongsian dari F24 Kitchen pada kali ini.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan lebih banyak tips dan panduan kediaman idaman anda di F24 Kitchen.

Like & Follow Facebook page kami.

Panduan Pemilihan Kabinet Idaman Mengikut Bajet

By | Uncategorized | No Comments

Pemilihan Kabinet Idaman Mengikut Bajet

Pemilihan Kabinet Idaman Mengikut Bajet

Perkara paling utama dalam pemilihan kabinet idaman mengikut bajet anda ialah material yang bersesuaian.

NAK TAHU TAK MACAM MANA NAK PILIH MATERIAL YANG SESUAI DENGAN BUDGET ANDA?
Material dan design adalah penentu utama harga sesebuah kabinet di kediaman anda. Pilihan warna pula kebanyakannya boleh di perolehi di dalam setiap material yang ditawarkan.

 

Peranan warna mampu untuk ‘create psychology environment’ sekeliling kita menjadi lebih tenang. Ini kerana, warna yang cerah akan membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas. Hal ini dapat membantu laluan trafik dan menampakkan keadaan dapur lebih kemas dan selesa.

 

Di bawah ini, saya ingin share sedikit tips untuk membantu anda memilih material dan warna bersesuaian dengan budget anda.

 

Kaca ( glass)
Anda juga boleh memilih jenis pintu kaca untuk kabinet anda. Ia mampu menghasilkan rasa lapang di dalam ruang dapur anda. Jenis ini juga berfungsi dengan kebanyakan gaya dapur daripada tradisional atau kedesaan hingga gaya moden.
Harga bagi jenis ini pula tidaklah terlalu mahal. Biasanya boleh didapati kurang dari RM6,000 bagi ukuran standard dapur .

 

Contoh jenis pintu glass:
1- 2g glass door
2- 3g glass door
3- 4g glass door
4- V series

 

Melamina
Melamina adalah lapisan kertas yang mempunyai cetakan warna tunggal atau cetakan bercorak dan kemudian dikekalkan. Kemasan lapisan dilekatkan menggunakan tekanan ke bod, selalunya bod zarah. Rawatan ini menjadi permukaan melamina yang tahan lasak, tahan haba, tahan air dan mudah dijaga.
Harga bagi jenis ini juga, tidaklah terlalu mahal. Biasanya boleh didapati sekitar RM5,000 sahaja bagi ukuran standard dapur .

 

NAK TAU LAGI??
Apa itu Formica?
Apa itu Acrylic?
Tunggu saya di episod hadapan yea..

Dapatkan khidmat nasihat untuk ubah suai kabinet kediaman anda dengan F24 Kitchen.

Atau Like & Follow laman facebook F24 Kitchen untuk dapatkan lebih banyak info-info dan panduan-panduan menarik berkaitan kabinet untuk kediaman anda. Dan jangan lupa share jika bermanfaat.