Petua Halau Lipas, Semut dan Cicak di Rumah
Serangga seperti semut, lipas dan cicak sering dijumpai di dalam rumah. Walaupun serangga ini tidak berbahaya namun ia masih lagi serangga perosak yang boleh memudaratkan kesihatan kalau dibiarkan.
Bukan itu sahaja, serangga-serangga tersebut bukan sahaja membiak di dalam laci rumah anda malah mengotorkan dengan tahi-tahi yang meninggalkan kesan kotor.
Penggunaan racun serangga dengan kerap tidak baik untuk kesihatan anda. Kami kongsikan beberapa petua mudah untuk menghalau semut, lipas dan cicak di rumah anda.
1. LEMON
Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap didatangani lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet dapur. Cara ini juga untuk membantu menyegarkan bau kabinet dapur anda.
2. DAUN PANDAN
Hiris nipis daun pandan dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.
3. BUAH PELAGA DAN KULIT KAYU MANIS
Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.
4. SERAI WANGI
Lipas bencikan bau wangi. Anda boleh ambil beberapa batang serai yang telah disiat-siat kemudian letakkan di bahagian yang selalu ada lipas seperti dalam kabinet. Lipas tidak akan “berkunjung” ke situ lagi.
Semoga Bermanfaat ya… Jgn lupa share.
Lain-lain sharing. Baca sini
Recent Comments