Tips Table Top yang Perlu Anda Tahu
Di F24 KITCHEN anda boleh memilih di antara bahagian atas kerja yang telah dipotong terlebih dahulu dan bertempah.
Bahagian atas kerja yang telah dipotong terlebih dahulu diperbuat samaada dari kayu berlamina atau kayu padu dan lain lain. Terdapat beberapa jenis table top yang ada di pasaran. Antaranya ialah:
i. konkrit + tiles
ii. mieco worktop
iii. solid surface
iv. granite & marble
Apa perbezaannya dari segi harga dan quality?
i. Permukaan konkrit
Konkrit sifatnya yang tahan lasak dan kuat untuk menampung beban. Kombinasi antara konkrit dan tiles sangat cantik. Tambah-tambahan tiles yg dipilih jenis ukuran 2 x 2.
Kadar Harga : Sederhana
ii. Permukaan HPL Worktop
Bahan ini sangat kukuh dari segi ketahanannya. Worktop bersifat kalis air dan anai-anai. Terdapat pelbagai pilihan warna seperti kayu, batu dan lain- lain. Permukaan worktop mampu tahan calar sekiranya ia di jaga dengan baik.
Kadar Harga : Sangat berpatutan
iii. Permukaan kayu
Bahagian atas kerja kayu sgt kukuh dan akan menua dengan cantik jika anda kerap merawatnya dengan minyak. Penjagaan khusus diperlukan utk menjamin kecantikan dan ketahanan berterusan.
Harga Kayu : Sederhana
iv. Solid surface
Solid surface diperbuat dari campuran resin dan batu. Kandungan batu di dalamnya menjadikan ia kukuh dan resin pula menjadikannya kedap cecair. Ada banyak pilihan warna dan ada juga solid surface yang mengandungi kuartza atau kaca yang kelihatan lebih berkilau
Harga : Sederhana
v. Granite
Granite adalah batuan beku yang terbentu daripada magma cair yang didinginkan dalam satu masa dan proses tertentu. Karektaristik granite sgt keras, tahan lasak dan calar.
Harga sgt mahal terutama warna hitam.Terdapat 2 jenis saiz utk granite iaitu tebal dan nipis .
Harga : Mahal berbanding material lain.