was successfully added to your cart.

MERCERMINKAN KEJAYAAN : PEMASANGAN CERMIN DI BADAN PENGURUSAN HARTA, JABATAN PERDANA MENTERI

By | Activities | No Comments

Assalamualaikum, hi semua!

Kali ini, kami ingin berkongsi kejayaan kami dalam pemasangan cermin di Badan Pengurusan Harta, Jabatan Perdana Menteri (BPH, JPM).  Dalam usaha meningkatkan kualiti ruang dalaman, BPH telah mengambil inisiatif untuk memasang cermin yang memberikan pelbagai manfaat kepada pengunjung, memperbaiki suasana serta menambahkan sentuhan keindahan kepada setiap ruang. Dalam blog posting ini, kami akan berkongsi kelebihan yang pemasangan cermin di Rumah Transit BPH, JPM.

 

WhatsApp Image 2023-06-21 at 10.55.15 (1)

 

      1. Menambahkan Ruang :

        Pemasangan cermin yang bijaksana di rumah transit ini memberikan kesan optik yang memperbesarkan ruang. Dengan memasang cermin pada dinding, ruangan kelihatan lebih luas dan terbuka. Ini memberikan pengunjung persepsi bahawa ruang dalaman adalah lebih besar daripada sebenarnya, dan seterusnya meningkatkan keselesaan.

        WhatsApp Image 2023-06-21 at 10.55.14

      2. Pencahayaan Semulajadi yang Lebih Baik:

        Pencahayaan semulajadi memainkan peranan penting dalam rumah rehat. Cermin memantulkan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap ke seluruh ruangan, memberi sinaran yang lebih baik dan mengurangkan kebergantungan kepada pencahayaan buatan. Hasilnya, suasana di dalam rumah rehat menjadi lebih cerah dan menyegarkan.
        WhatsApp Image 2023-06-21 at 10.55.15

      3. Meningkatkan Nilai Estetika:

        Pemasangan cermin dengan pilihan reka bentuk dan bingkai yang sesuai telah menambahkan elemen estetika yang menarik di setiap ruang. Cermin yang dipilih dengan bijak dapat memperkemas tema atau gaya hiasan dalaman yang sedia ada, memberikan kesan harmoni dan keseimbangan visual kepada seluruh rumah rehat. Pengunjung akan terpesona dengan keindahan dan kemasan yang terpancar dari setiap sudut.

      4.  Meningkatkan Fungsi Ruang: 

        Cermin juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan fungsi ruang di Rumah Transit BPH, JPM. Dengan memasang cermin di ruang tamu atau ruang makan, cermin dapat memberikan tumpuan pada ciri-ciri tertentu dalam ruangan tersebut. Selain itu, cermin yang dipasang di kawasan koridor atau tangga membantu menerangi laluan dan memberikan kesan visual yang menarik.

         

         

        WhatsApp Image 2023-06-21 at 10.55.14 (2)

Kami berterima kasih kepada BPH, JPM atas kesempatan ini dan kepada tim kami yang telah bekerja keras

dalam menjadikan projek ini berjaya.

Jika anda tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan servis kami,

jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami di :

0182904077 011 21637721

http://www.wasap.my/60182904077
http://www.wasap.my/601121637721

Dan jangan lupa click link ini:
https://linktr.ee/f24kitchen

Lokasi kami:
📍 F24 Space Idea/Ghaj Enterprise
📲 http://wa.me/60182904077
https://maps.app.goo.gl/rNZza2aQsjFzUpMB

 

 

 

Sesi Audit F24 Kitchen Bersama MTIB

By | Activities | No Comments

Sesi Audit F24 Kitchen Bersama MTIB

Hai assalamualaikum semua!

Baru-baru ini, Malaysian Timber Industry Board (MTIB) telah berkunjung ke F24 Kitchen, Sungai Petani untuk sesi audit bagi program SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE).

Program ini dijalankan bagi memastikan geran-geran MTIB yang diperolehi oleh Ghaj Industries Sdn. Bhd. (F24 Kitchen) telah digunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi syarikat.

photo_6226746734684516589_y

photo_6226746734684516588_y

 

Sepanjang program berlangsung, pelbagai informasi yang telah dikongsikan oleh pihak MTIB serta F24 Kitchen. Informasi yang diperolehi akan dimanfaatkan dari semasa ke semasa.

 

photo_6226746734684516594_y

photo_6226746734684516592_y

photo_6226746734684516593_y

Pihak MTIB juga sempat melawati kilang kami untuk melihat kelengkapan mesin yang digunakan oleh tim production kami.

One step ahead, insyaallah!

F24 Kitchen Clearance Sale!

By | Ready made furniture | No Comments

🎊 CLEARANCE STOCK! 🎊

🎊CLEARANCE STOCK! 🎊

🎊CLEARANCE STOCK! 🎊

UNIT SHOWROOM SAPA CEPAT DIA DAPAT! 😘
Gais… Gais… Ada berita baik ni😍
Clearance stock masih ada. YEAYY
Ada banyak produk yang nak di let go ni.
Kami kasi tolak murah2 untuk nak clear showroom sahaja.
Oklah yg nak dtg melawat kilang ushar lain2 stock clearance tu boleh rojer2 kami. Kami x jauh Semeling jer.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi kabinet showroom yang lain untuk diletgo! 🤩
Apa tunggu lagi, mai la grab sementara item masih ada! Kalau sudah habis, anda yang rugi😜
👇👇👇👇
284111301_2221528064670666_6797636476234976745_n
🍁Material: Melamine
🍁Size : 14 ft
🍁Wall and base unit.
🍁Finishing: Laminate solid color
🍁Table top : quartz stone solid white
Harga letgo showroom unit.
🍁Price : RM 4,999
Delivery / install : RM 150 sekitar sg petani.
.
283100812_2221528164670656_7375596974317839607_n
🍁Material: Melamine
🍁Size : 8 ft
🍁Wall and base unit.
🍁Finishing: Melamine wood effect
🍁Table top : HPL wood effect
Harga letgo showroom unit.
🍁Price : RM 3,999
Delivery / install : RM 150 sekitar sg petani.
Free Soft close door
.
282863152_2221528084670664_5218332152636879888_n
🍁Material: Polyester Grey
🍁Size : 8 ft
🍁Wall and base unit.
🍁Finishing: Laminate effect
🍁Table top : HPL
Harga letgo showroom unit.
🍁Price : RM 2,700
Delivery / install : RM 150 sekitar sg petani.
Free Soft close door
.
283851970_2221527968004009_7881026529369770048_n
🍁Material: Melamine
🍁Size : 5 ft
🍁Wall and base unit.
🍁Finishing: Melamine White + wood effect
🍁Table top : HPL wood effect
Harga letgo showroom unit.
🍁Price : RM 1,999
Delivery / install : RM 150 sekitar sg petani.
Upgrade to soft close door : + RM150
.
.
Visit website kami di:
Lokasi kami:
📍 F24 Space Idea/Ghaj Enterprise
📲 018-290 4077
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
😁😁😁
P/S: SHARE JIKA CABINET NI BERGUNA UNTUK RAKAN2 YG LAIN…

Sesi Audit Pensijilan FRIM PCS Semula Selepas Tamat Tempoh 3 Tahun

By | Activities | No Comments
Hi semuaa!

Kalau nak tahu, bukan makanan sahaja yang perlu dihantar ujian. Perabot juga perlu dihantar ujian!

Kenapa perlu dihantar?
.
Pemain industri perabot yg membekalkan perabot kepada sektor kerajaan diwajibkan membuat ujian ke atas perabot mereka dahulu sebelum dibekalkan untuk memastikan kualiti dan standard pembekalan perabot kepada semua agensi dan pelanggan.
 .
FRIM PCS pula adalah sebagai regulator kualiti perabot kerajaan yg telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia ( MOF) .
 .
Maka tanpa sijil FRIM PCS bermakna anda tidak layak untuk membekal perabot kpd kerajaan.
 .
Terima kasih Lead Auditor FRIM PCS , En Shaharudin yg sudi datang jauh-jauh untuk jalankan sesi Audit pada bulan puasa 😊
 .

WhatsApp Image 2022-06-14 at 4.18.15 AM (1)WhatsApp Image 2022-06-14 at 4.18.14 AMWhatsApp Image 2022-06-14 at 4.18.13 AM (1)WhatsApp Image 2022-06-14 at 4.18.13 AMWhatsApp Image 2022-06-14 at 4.18.14 AM (1)WhatsApp Image 2022-06-14 at 4.19.10 AM (1)WhatsApp Image 2022-06-14 at 4.19.09 AM

Mudah²an semuanya ok belaka bila testing di makmal nanti..Doakan kami ye!!.

Berminat nak tempah?

Visit Facebook page kami atau hubungi kami di WhatsApp sekarang!

Membekal Meja Pejabat : Jabatan Laut

By | Custom made furniture | No Comments

Membekal Meja Pejabat : Jabatan Laut

Selain menghasilkan kabinet dapur, almari pakaian dan perabot. F24 Kitchen juga telah bertanggungjawab membekalkan 25 unit meja pegawai dan 1 set meja pengurusan profesional kepada Jabatan Laut.

pengedar meja pejabat5

pengedar meja pejabat

pengedar meja pejabat3

pengedar meja pejabat6

F24 Kitchen adalah syarikat yang dipercayai serta berdaftar dibawah agensi-agensi seperti:
– SSM
– Kontrak Panel Berpusat
– CIDB G3
– MOF
– MOE
– CTCS Vendor

pengedar meja pejabat2

Untuk tempahan kitchen cabinet, wardrobe, furniture dan sebagainya. Hubungi F24 Kitchen di talian – 01121637721 | 0182904077

Kabinet Dapur Bajet : Untuk Dilepaskan

By | Ready made furniture | No Comments

Kabinet Dapur Bajet : Untuk Dilepaskan

Di musim PKP ni sudah pasti ramai yang terkesan. Ramai yang mengeluh tak cukup bajet. Namun, jangan biarkan impian untuk ubahsuai kediaman anda terpadam.

Jangan risau. Dapatkan kabinet moden ini dengan harga mampu milik!! Ya. Mampu milik!

Kabinet Bajet untuk dilepaskan!

132381719_1814226545400822_8858321631511526877_o

133284726_1814226282067515_5648531423394956897_o

132665369_1814226382067505_3996904373338387287_o

133291336_1814226332067510_4595960310488346150_o

132826745_1814226522067491_8820405061048905775_o
Harga bermula RM 2,999 ~ RM 4,999
Hubungi kami SEKARANG !!!:-
👇👇👇👇👇👇
01121637721 | 0182904077

SEMPENA AWAL TAHUN 2021!

Follow page F24 Kitchen

Projek Plaster Ceiling di Bertam

By | Custom made furniture | No Comments

Projek Plaster Ceiling di Bertam

Minggu ni tim F24 Kitchen sedang fokus kepada pemasangan perabot di beberapa lokasi di Sungai Petani dan juga projek pemasangan plaster ceiling di Bertam.

palster ceiling
Projek ini masih lagi dalam proses. Tim kami anda update dari masa ke semasa ya.

plaster ceiling

Jangan ketinggalan untuk teruskan follow page kami dan dapatkan pelbagai perkongsian menarik berkaitan kitchen cabinet, wardrobe, furniture dan lain-lain.

plaster ceiling2

Untuk tempahan kitchen cabinet, wardrobe, furniture dan sebagainya. Hubungi F24 Kitchen di talian – 01121637721 | 0182904077

 

Ruang Kecil Lebih Luas Dengan Cermin Hiasan

By | Tips | No Comments

Ruang Kecil Lebih Luas Dengan Cermin Hiasan

Tahukah anda? Cermin hiasan sebenarnya dapat menjadikan ruang rumah yang sempit kelihatan lebih luas. So jangan risau jika kediaman anda tidak luas. Perbanyakan cermin ya! Kalau mahu, letakkan cermin yang besar-besar.

cermin hiasan2

Cermin sangat praktikal bagi semua jenis kediaman, premis dan lain-lain. Ia merupakan barang yang kita akan gunakan setiap hari. Cermin fungsinya hampir sama seperti jam. Paling tidak pun kita akan guna semasa sikat rambut, pakai lipstik dan makeup.

cermin hiasan3

Selain digunakan untuk penjagaan diri, cermin boleh diletakkan sebagai penambah hiasan bagi kediaman anda.  Ia juga meningkatkan pencahayaan ruang tanpa perlu menambahkan penggunaan lampu.

cermin hiasan

Kebiasaannya cermin diletakkan di bilik tidur, bilik mandi dan juga ruang tamu.

 

Untuk tempahan kitchen cabinet, wardrobe, furniture dan sebagainya.

Hubungi F24 Kitchen di talian – 01121637721 | 0182904077

 

‘Pokok Viral’ Jadi Kegilaan Penggemar Deko

By | Tips | No Comments

‘Pokok Viral’ Jadi Kegilaan Penggemar Deko

Semenjak pkp yang melanda negara pada Mac 2020, pokok ini menjadi viral dan kegilaan ramai penggemar deko dan tanaman hiasan. Pokok viral Lebih dikenali dengan gelaran ‘pokok lidah jin‘ kini menjadi buruan ramai.

pokok viral

Meskipun pokok ini dulunya tidaklah popular. Malahan dulunya tak dipandang. Namun kini harganya boleh mencecah rm5-rm20 sepasu.

pokok viral

Tambahan lagi, pokok viral ini juga turut dikaitkan dengan pelbagai mitos seperti dapat menyerap habuk di dalam rumah, menapis toksin dan sebagainya. Namun belum dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya. Yang pasti pokok ini kini sudah dimiliki oleh kebanyakan pencinta tanaman hiasan.

Pelbagai idea kreatif telah muncul dan dikongsikan ke dalam social media setelah pokok ini menjadi viral.

pokok viral5

Pendek kata, hiasilah kediaman anda dengan kreativiti dan citarasa masing-masing. Suasana kediaman adalah salah satu asbab kebahagian sesebuah keluarga.

 

Nak upgrade kabinet kediaman anda? F24 Kitchen sedia membantu!

Hubungi kami di talian : 601121637721

Atau nak wasap kami  – http://www.wasap.my/601121637721

Projek Pejabat Urusan Baru di Bukit Jelutong

By | Activities | No Comments

Projek Pejabat Urusan Baru di Bukit Jelutong

Baru-baru ni F24 Kitchen telah selesai menyiapkan satu projek untuk Rai Utility Sdn Bhd yang terletak di Bukit Jelutong, Selangor.

kabinet office

Meskipun projek ini tertangguh ekoran PKP di negeri Selangor dan beberapa negeri yang lain, namun projek ini berjaya juga disiapkan sebelum tibanya tahun baru 2021.

kabinet office2a

Projek ini merupakan Pejabat Urusan yang baru bagi Rai Utility Sdn Bhd. Kini mereka telahpun memulakan operasinya di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Pejabat Urusan Baru Rai Utility di Bukit Jelutong semasa dalam proses pemasangan

kabinet office5

kabinet office12

Keadaan semasa proses susun atur meja, kerusi dan dekorasi sedang dijalankan oleh team F24 Kitchen.

kabinet office6 kabinet office10

kabinet office11

kabinet office8

Projek Pejabat Urusan Baru di Bukit Jelutong setelah selesai proses pemasangan.

perabot office6w

perabot officew

perabot office5

Tahniah diucapkan kepada Rai Utility Sdn Bhd di atas pembukaan pejabat urusan di Bukit Jelutong

kabinet office4

Terima kasih juga di atas kepercayaan yang diberikan kepada F24 Kitchen dalam menjayakan projek ini.

Ingin dapatkan khidmat nasihat dan bantuan untuk ubahsuai premis anda? Hubungi kami di talian http://www.wasap.my/601121637721 

banner f24kitchen-02

Kabinet Pakaian, Buku dan Serbaguna: Maksimumkan Ruang Penyimpanan

By | Custom made furniture | No Comments

Kabinet Pakaian, Buku dan Serbaguna: Maksimumkan Ruang Penyimpanan

Ramai yang sudah pening dengan keadaan rumah yang makin penuh dengan barang. Sudah kemas tapi masih kelihatan bersepah.

before after

Pemasangan Kabinet dapur, almari/wardrobe adalah satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah anda.

Kabinet pakaian, buku dan serbaguna sebenarnya dapat menjimatkan ruang sesebuah kediaman.

Kelebihan kabinet ini juga sebenarnya adalah dapat digunakan untuk pelbagai fungsi. Anda boleh menyimpan apa sahaja yang anda mahu seperti pakaian, buku-buku, perkakas elektrik, peralatan rumah tangga dan macam-macam lagi.

Kabinet almari/wardrobe juga sesuai untuk ruang kediaman yang sempit seperti di apartment.

Nak pasang kabinet untuk kediaman anda? Mencari harga bajet yang mampu bilik?

Hubungi F24 Kitchen sekarang di talian 01121637721

 

Projek Pemasangan Kabinet di Taman Laut Pulau Payar

By | Activities | No Comments

Projek Pemasangan Kabinet di Taman Laut Pulau Payar

Kali ni F24 Kitchen nak share sedikit pasal pemasangan di rumah rehat jabatan yang terletak di Taman Laut Pulau Payar.

PPayar-B1

Dekat mana tu? Untuk pengetahuan anda, Taman Laut Pulau Payar ni terletak di Pulau Mutiara atau Pulau Langkawi, Kedah.

Taman Laut Pulau Payar ni terdiri dari empat buah pulau, iaitu Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang.

Projek Taman Laut Pulau Payar2

Taman Laut Pulau Payar terletak lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah. Pulau-pulau ini telah digazetkan sebagai taman laut pada tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).

Projek Taman Laut Pulau Payar3

Projek Pemasangan Kabinet oleh F24 Kitchen di Pulau Payar

Proses menyiapkan dan perbincangan sebelum penghantaran ke rumah rehat jabatan di Taman Laut Pulau Payar.

Projek Taman Laut Pulau Payar11

Projek Taman Laut Pulau Payar13

Taman Laut Pulau PayarProses penghantaran ke Taman Laut Pulau Payar pula melalui laluan laut dengan menggunakan bot nelayan tempatan.

Taman Laut Pulau Payar

Taman Laut Pulau Payar

Taman Laut Pulau Payar Proses pemasangan di rumah tamu jabatan Taman Laut Pulau Payar.

Projek Taman Laut Pulau Payar8

Projek Taman Laut Pulau Payar20

Projek Taman Laut Pulau Payar21

Kitchen kabinet yang telah siap dipasang di ruang dapur rumah tamu.

Projek Taman Laut Pulau Payar22

Miliki kabinet dapur, almari, rak dinding, perabot kediaman dan lain-lain dengan F24 Kitchen

Kami merealisasikan impian di kediaman anda. Dapatkan info lanjut di talian 01121637721

 

Kabinet Dinding Wujudkan Kediaman Lebih Ergonamik

By | Tips | No Comments

Kabinet Dinding Wujudkan Kediaman Lebih Ergonamik

Kabinet Dinding atau kabinet gantung kian mendapat perhatian khusus bagi pemilik kediaman. Ini kerana, Wall cabinet adalah lebih universal, harmoni dan sesuai dengan reka bentuk keseluruhan kediaman.

wall cabinet8

Sehingga kini, pasaran perabot mendapat permintaan tinggi bagi tempahan kabinet dinding. Rata-rata mengakui kabinet dinding lebih mudah digunakan dan ergonomik.

Kabinet Dinding

Kabinet Dinding by F24 Kitchen

Untuk memilih kabinet dinding yang sesuai, perlulah menilai kriteria seperti berikut:

  • sesuai dengan konsep keseluruhan bilik atau ruang.
  • fungsinya yang boleh melakukan semua tugas yang diperlukan seperti menyimpan barang pakaian, pinggan, buku, dan lain-lain.

Berikut antara kabinet dinding yang diminta oleh client kami. Beliau request kabinet dinding mengikut citarasa sendiri untuk letak kitab-kitab. Jadi F24 Kitchen hasilkan wall cabinet seperti permintaan beliau.

Manfaatkan kesemua ruang kediaman anda, termasuk dinding anda.

Dapatkan khidmat dari F24 Kitchen untuk renovate kabinet kediaman anda!

Wasap tim F24 Kitchen – 01121637721 | 0182904077

Kabinet Dapur Terkini 2021 Harga Kilang, Idaman Kaum Ibu

By | Tips | No Comments

Kabinet Dapur Terkini 2021 Harga Kilang, Idaman Kaum Ibu

Kabinet dapur sudah semestinya menjadi idaman buat kaum ibu. Mana tidaknya, ruang dapur antara tempat yang paling sinonim dengan para ibu.

Segala koleksi harta karun mereka terletak di sana. Tupperware, Pyrex, Tefal, Le Creuset, Ozeri, Viking, Kitchen Aid, Prestige, Borosil dan segala macam lagi.

Maka, para suami disaran menghadiahkan isteri mereka dapur kabinet sebagai tanda kasih sayang kepada isteri.

Boleh lihat contoh design-design kabinet dapur yang telah F24 Kitchen siapkan.

kabinet dapur6

kabinet dapur3

kabinet dapur2

kabinet dapurJika anda belum follow page F24 Kitchen, tekan SINI. Lihat update-update terkini dari kami F24 Kitchen.

Untuk tempahan kitchen cabinet, wardrobe, furniture dan sebagainya. Hubungi F24 Kitchen di talian – 01121637721 | 0182904077

 

F24 Katta Kayu Industrial Design Hiasan Dalaman Gaya Moden

By | Tips | No Comments

F24 Katta Kayu Industrial Design Hiasan Dalaman Gaya Moden

Seni reka industri adalah bidang rekaan yang merangkumi reka bentuk barangan domestik, perabot dan lain2.

kattakayuu

Antara aspek utama dalam reka bentuk industri ialah: 

  • Sesebuah produk yang bakal dihasilkan mestilah berdasarkan fungsi yang diminta oleh pegguna.
  • Terdapat pelbagai jenis material yang digunakan untuk membuat perabot seperti kayu, kulit dan juga besi.
  • Memastikan produk yang dihasilkan mendapat tempat di pasaran dan diterima oleh pengguna
  • Memastikan produk yang dihasilkan menitik beratkan aspek keselamatan terhadap pengguna.

REKA BENTUK INDUSTRIAL terbahagi kepada beberapa kategori, Antaranya ialah:

1) Kediaman

– ruang tamu
– ruang makan
– bilik tidur
– ruang dapur
– bilik air
– anjung/balkoni

 2) Komersial
– ruang pejabat
– lobi
– bilik pameran
– restoran

Antara konsep-konsep yang diterapkan dalam rekaan perabot pula ialah: 

  1. Antik – bentuk rekaan kelihatan sepeti zaman dahulu kala seperti yang kelihatan berusia 50-100 tahun.
  2. Klasik – rekaan ala-ala zaman 70an 80an gitu.
  3. Kontemporari – gabungan pelbagai gaya yang kelihatan moden dan elegan.

Nak lihat lebih banyak design-design yang menarik?

Wasap kami segera 01121637721 

Follow instagram:  f24_kattakayu

F24_Kattakayu is an expertise in cabinetry design. We are passionate about helping clients plan for their future cabin.

Perabot Pejabat Wujudkan Budaya Kerja Lebih Produktif | F24 Kitchen

By | Tips | No Comments

Perabot Pejabat Wujudkan Budaya Kerja Lebih Produktif

Perabot di pejabat amatlah penting dalam melahirkan persekitaran kerja yang sihat. Persekitaran kerja yang sihat dapat memberikan motivasi dan kebahagiaan kepada pekerja sekaligus meningkatkan produktiviti dan kesihatan organisasi.

perabot office7aMengikut kajian, seseorang yang berasa lebih selesa berada di tempat kerja, semakin tinggi kemungkinan dia untuk berfungsi pada tahap yang optimum dan berdedikasi dengan pekerjaannya. Hasil kajian yang dijalankan oleh JOBSTREET.COM juga membuktikan pekerja Malaysia lebih selesa berada di tempat kerja.

perabot office8

Pemilihan dan Pemasangan Perabot yang tepat juga memainkan peranan utama dalam penggunaan ruang kerja yang optimum bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang lebih bersih, kemas dan selamat.

Berikut F24 Kitchen kongsikan antara pemasangan furniture office yang moden dan santai semasa tempoh kawalan pergerakan baru-baru ini.

perabot officew perabot office4w

Ruang kerja privasi menjadi pilihan pemilik premis dalam memastikan ruang kerja yang lebih selesa dan formal.

perabot office6w

Bilik mesyuarat dengan rekaan moden dan fleksibel.

perabot office2w

Ruang kerja privasi dengan penggunaan ruang yang optimum.

Nak upgrade office supaya kelihatan lebih kemas dan selesa?

Dapatkan khidmat F24 Kitchen sekarang.

Klik Sini

 

banner f24kitchen-02

Pembekal Perabot Sekolah dan Pejabat

By | Activities | No Comments

F24 Kitchen merupakan Pembekal Perabot Sekolah dan Pejabat terus dari kilang bagi kegunaan sekolah, asrama, taska, pejabat, atau sebagainya.

Antara jenis-jenis perabot sekolah yang dibekalkan adalah seperti:

  • Kerusi Murid Rendah/Menengah
  • Meja Belajar Murid Rendah/Menengah
  • Meja Guru
  • Kerusi Serbaguna
  • Almari/Gerobok

BD1. Kerusi Murid Rendah-500x500

BD2. Meja Murid Rendah Solid Top-500x500

BD5.Meja Guru Berpedestal-500x500BD7.Gerobok-500x500

  • Kabinet Serbaguna
  • Rak Terbuka/Bercermin / Fail
  • Kerusi Sandar
  • Meja Mesyuarat
  • Rak Buku Kedatangan
  • Meja Perpustakaan
  • Bangku Makmal
  • & lain-lain

BD6.Kerusi Serbaguna Tanpa Sandaran Tangan-500x500BD8. Kabinet Serbaguna Berpintu 4S-500x500

BG2.Kabinet Rendah Bercermin-500x500PSP5. Kaunter Perpustakaan-500x500PP15. Rak Buku Kedatangan Pelajar-500x500PSP6. Tetingkat Buku-500x500

F24 Kitchen sentiasa komited dalam menghasilkan kabinet yang berkualiti dan menarik, mengikut citarasa serta permintaan daripada pelanggan.

Berpengalaman lebih 15 tahun dalam menghasilkan perabot.

Dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki F24 Kitchen, ianya telah menarik minat pelbagai institusi korporat serta kerajaan bagi membekalkan perabot yang bersesuaian mengikut institusi masing-masing. F24 kitchen kini antara Pembekal Perabot Sekolah dan Pejabat utama dalam industri perabot di Malaysia.

perabot sekolah 115930514_1671517883005023_5144145231801346772_n

F24 Kitchen sentiasa bersedia untuk membantu pelbagai pihak yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dalam memenuhi permintaan pasaran.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian  601121637721

Atau lebih cepat Klik Sini