Sesi Audit F24 Kitchen Bersama MTIB
Hai assalamualaikum semua!
Baru-baru ini, Malaysian Timber Industry Board (MTIB) telah berkunjung ke F24 Kitchen, Sungai Petani untuk sesi audit bagi program SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE).
Program ini dijalankan bagi memastikan geran-geran MTIB yang diperolehi oleh Ghaj Industries Sdn. Bhd. (F24 Kitchen) telah digunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi syarikat.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai informasi yang telah dikongsikan oleh pihak MTIB serta F24 Kitchen. Informasi yang diperolehi akan dimanfaatkan dari semasa ke semasa.
Pihak MTIB juga sempat melawati kilang kami untuk melihat kelengkapan mesin yang digunakan oleh tim production kami.
One step ahead, insyaallah!