was successfully added to your cart.

Monthly Archives

November 2017

Panduan Pemilihan Kabinet Idaman Mengikut Bajet

By | Uncategorized | No Comments

Pemilihan Kabinet Idaman Mengikut Bajet

Pemilihan Kabinet Idaman Mengikut Bajet

Perkara paling utama dalam pemilihan kabinet idaman mengikut bajet anda ialah material yang bersesuaian.

NAK TAHU TAK MACAM MANA NAK PILIH MATERIAL YANG SESUAI DENGAN BUDGET ANDA?
Material dan design adalah penentu utama harga sesebuah kabinet di kediaman anda. Pilihan warna pula kebanyakannya boleh di perolehi di dalam setiap material yang ditawarkan.

 

Peranan warna mampu untuk ‘create psychology environment’ sekeliling kita menjadi lebih tenang. Ini kerana, warna yang cerah akan membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas. Hal ini dapat membantu laluan trafik dan menampakkan keadaan dapur lebih kemas dan selesa.

 

Di bawah ini, saya ingin share sedikit tips untuk membantu anda memilih material dan warna bersesuaian dengan budget anda.

 

Kaca ( glass)
Anda juga boleh memilih jenis pintu kaca untuk kabinet anda. Ia mampu menghasilkan rasa lapang di dalam ruang dapur anda. Jenis ini juga berfungsi dengan kebanyakan gaya dapur daripada tradisional atau kedesaan hingga gaya moden.
Harga bagi jenis ini pula tidaklah terlalu mahal. Biasanya boleh didapati kurang dari RM6,000 bagi ukuran standard dapur .

 

Contoh jenis pintu glass:
1- 2g glass door
2- 3g glass door
3- 4g glass door
4- V series

 

Melamina
Melamina adalah lapisan kertas yang mempunyai cetakan warna tunggal atau cetakan bercorak dan kemudian dikekalkan. Kemasan lapisan dilekatkan menggunakan tekanan ke bod, selalunya bod zarah. Rawatan ini menjadi permukaan melamina yang tahan lasak, tahan haba, tahan air dan mudah dijaga.
Harga bagi jenis ini juga, tidaklah terlalu mahal. Biasanya boleh didapati sekitar RM5,000 sahaja bagi ukuran standard dapur .

 

NAK TAU LAGI??
Apa itu Formica?
Apa itu Acrylic?
Tunggu saya di episod hadapan yea..

Dapatkan khidmat nasihat untuk ubah suai kabinet kediaman anda dengan F24 Kitchen.

Atau Like & Follow laman facebook F24 Kitchen untuk dapatkan lebih banyak info-info dan panduan-panduan menarik berkaitan kabinet untuk kediaman anda. Dan jangan lupa share jika bermanfaat.

 

Tips Table Top yang Perlu Anda Tahu

By | Uncategorized | No Comments

Tips Table Top yang Menawan

Tips Table Top yang Perlu Anda Tahu

Di F24 KITCHEN anda boleh memilih di antara bahagian atas kerja yang telah dipotong terlebih dahulu dan bertempah.

Bahagian atas kerja yang telah dipotong terlebih dahulu diperbuat samaada dari kayu berlamina atau kayu padu dan lain lain. Terdapat beberapa jenis table top yang ada di pasaran. Antaranya ialah:

i. konkrit + tiles

ii. mieco worktop

iii. solid surface

iv. granite & marble

Apa perbezaannya dari segi harga dan quality?

i. Permukaan konkrit

Konkrit sifatnya yang tahan lasak dan kuat untuk menampung beban. Kombinasi antara konkrit dan tiles sangat cantik. Tambah-tambahan tiles yg dipilih jenis ukuran 2 x 2.
Kadar Harga : Sederhana

ii. Permukaan HPL Worktop

Bahan ini sangat kukuh dari segi ketahanannya. Worktop bersifat kalis air dan anai-anai. Terdapat pelbagai pilihan warna seperti kayu, batu dan lain- lain. Permukaan worktop mampu tahan calar sekiranya ia di jaga dengan baik.
Kadar Harga : Sangat berpatutan

iii. Permukaan kayu

Bahagian atas kerja kayu sgt kukuh dan akan menua dengan cantik jika anda kerap merawatnya dengan minyak. Penjagaan khusus diperlukan utk menjamin kecantikan dan ketahanan berterusan.
Harga Kayu : Sederhana

iv. Solid surface

Solid surface diperbuat dari campuran resin dan batu. Kandungan batu di dalamnya menjadikan ia kukuh dan resin pula menjadikannya kedap cecair. Ada banyak pilihan warna dan ada juga solid surface yang mengandungi kuartza atau kaca yang kelihatan lebih berkilau
Harga : Sederhana

v. Granite

Granite adalah batuan beku yang terbentu daripada magma cair yang didinginkan dalam satu masa dan proses tertentu. Karektaristik granite sgt keras, tahan lasak dan calar.
Harga sgt mahal terutama warna hitam.Terdapat 2 jenis saiz utk granite iaitu tebal dan nipis .
Harga : Mahal berbanding material lain.

granite

Nak kami bantu??

Sila hubungi kami di sini : 01121637721

PELAN & PANDUAN MENGUKUR LANTAI KABINET

By | Uncategorized | No Comments

Pelan & Panduan Mengukur Lantai Kabinet

PELAN & PANDUAN MENGUKUR LANTAI KABINET

Kali ini kami kongsikan pelan dan panduan mengukur lantai kabinet bagi kediaman anda.

 

1. Ukur dan tandakan

Mendapat ukuran yang betul adalah diwajibkan apabila ingin merancang pengubahsuaian sesebuah dapur.

Anda perlu sangat teliti. Ia berbaloi melalui keseluruhan proses. Paling penting dapur anda muat dengan sempurna dengan ruang yang ada.

 

2. Ukur dari lantai ke siling

Jarak di antara dinding dan dari penjuru ke pintu juga merekodkan apa saja benda yang terdapat di dalam bilik seperti radiator, paip, pengudaraan, sudut istimewa dan ciri-ciri seni bina utama.

Mempunyai semua butir-butir terperinci dan ukuran seperti di atas adalah perkara penting apabila anda menghubungi dan membincangkan pelan anda dengan salah seorang daripada pakar dapur kami di F24 kitchen.

 

Dapatkan khidmat nasihat untuk ubah suai kabinet kediaman anda dengan F24 Kitchen.

Kabinet Dapur Murah dari F24 Kitchen di Sg Petani, Kedah

By | Uncategorized | No Comments

kabinet dapur murah

Kabinet Dapur Murah dari F24 Kitchen di Sg Petani, Kedah

Pilihan Bahan Asas Kabinet Dapur.

A. Tahukah anda bagaimana untuk memilih bahan asas bagi kabinet dapur?

B. Adakah material-material ini berbeza ?

C. Apakah perbezaannya?

  1. Harga
  2. Kualiti
  3. Rupa bentuk
  4. Ketahanan

 

Terdapat 5 kategori bahan asas atau material apabila membina kabinet dapur. Antaranya adalah :-

  • Melamine ABS/ Particle board
  • Ply sandwich
  • Blockboard
  • Kayu Nyatoh
  • Aluminium

 

Pelanggan boleh memilih salah satu material diatas ketika menempah kabinet ataupun perabut.

Harga sesebuah kabinet juga bergantung kepada jenis bahan asas tersebut.

 

Inginkan info tentang bahan-bahan asas ini?

MELAMINE / PARTICLE BOARD

-pilihan ekonomi/ harga mampu milik

-sesuai untuk jangkamasa pendek  bergantung pada penjagaan

-tempoh pembinaan cepat

-sesuai untuk design modern dan minimalis.

-sangat berat

-terdapat 2 jenis iaitu tahan air dan tidak tahan air

-tempoh ketahanan 3-7 tahun

 

Nak tau lagi? Tunggu..Nantikan di next posting.

Saya akan kongsikan nanti ye…

4 LANGKAH SEBELUM ANDA BELI DAPUR IDAMAN

By | Uncategorized | No Comments

4 langkah sebelum membeli dapur idaman

4 LANGKAH SEBELUM ANDA BELI DAPUR IDAMAN

Panduan 4 langkah sebelum anda beli dapur disediakan bagi membantu anda mendapatkan dapur impian anda.

Bermula daripada mengukur dan merancang, hinggalah kepada memesan dan pembinaan, ia bersama anda pada setiap langkah proses membeli dapur. Tetapi jika anda tidak mahu melakukannya sendiri, sudah tentu khidmat mengukur, merancang, kewangan, penghantaran dan pembinaan ada disediakan untuk menjadikan kehidupan anda lebih mudah.

tape-measure-145397_640

1. Ukur

Ambil langkah pertama ke arah dapur impian anda! Semak cara mengukur ruang yang sedia ada dengan mudah.

• Ambil pita mengukur; anda sudah sedia untuk mula mengukur dapur anda.

1024px-Young_Woman_Thinking2. Impi & Rancang

Kini anda sedia untuk mula merancang. Terokai kelebihan dan kekurangan reka letak dapur biasa dan beberapa kesilapan reka bentuk yang perlu dielakkan.

Untuk petua merancang bertulis, rancang kelengkapan dan keperluan anda ketika berada di dapur.

• Jadikan dapur impian anda sebuah kenyataan.

pameran homedec

3.Buat Tempahan

Anda sudah hampir tiba! Dapur impian anda bakal menjadi suatu realiti. Temui kami di F24 kitchen. Pakar kami sedia membantu anda.

Production update4.Pemasangan 

Langkah akhir! Anda akan memiliki dapur baharu tidak lama lagi. Pastikan impian anda menjadi kenyataan.

 

Temui kami selaku pakar kabinet di kediaman anda!

HUBUNGI F24 KITCHEN : 01121637721